Saturday 26 September 2009

Barangan Antique

Naskah Buku Lama


Barangan Keperluan Harian Zaman Dahulu


Bekas@Kotak Antique



Radio Antique


Senjata Antique




Di dalam kesibukan Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, berkunjung kerumah sanak saudara dan kawan-kawan, sempat juga saya merakamkan gambar barangan Antique bagi mengisikan Post untuk dikongsikan bersama pengunjung-pengunjung di Blog BiarBanar..?? dan di antara barang-barangnya seperti Pistol, Pedang lama yang berukirkan kalimah, radio lama, telefon dan sebagai nya. Apa yang menariknya ada sebahagian barang Antique masih dapat digunakan dengan baik. Semua pemilik-pemilik barangan Antique menyimpan nya sebagai perhiasan rumah dan ianya juga dijaga dengan begitu cermat. Tujuan saya mengongsikan dan merakam kan gambar tersebut adalah bagi menambahkan pengetahuan dan mengenalkan kepada generasi baru yang mungkin belum pernah melihatnya sebelum ini.

Saturday 19 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Pada hari isnin ini, kita di Negara Brunei Darussalam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah di umumkan anak bulan Syawal tidak sabit dilihat petang tadi di beberapa buah tempat yang telah di khas kan oleh Kerajaan Negara. Apa-apapun, BiarBanar.blogspot.com mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin, saya minta maaf jika selama BiarBanar.blogspot.com ditubuhkan ada pihak-pihak yang terguris ataupun ada tersinggung dengan artikel-artikel yang saya sampai kan..Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.

Khatam Al-Quraan..



Pada 27 Ramadhan 1430H bersamaan 17 September 2009, Alhamdulillah..Kami sekeluarga telah pun mengadakan Khatam Al-Quraan di rumah sempena bulan yang penuh kerahmatan ini. Majlis ini adalah pertama kali nya kami sekeluarga mengadakannya. Majlis ini kami buat hanya lah secara kecil-kecilan saja dan antara yang hadir pada majlis itu hanya lah ahli keluarga tersekat sahaja. Saya harap, acara ini akan dapat diteruskan lagi di tahun-tahun yang mendatang. Insya Allah..

Friday 11 September 2009

Essay & Kertas Jawapan BEST 2009..hehehe..BiarBanar..??

Essay yang terbaik tahun 2009..hehehe..


Kertas Jawapan paling Class Tahun 2009..Hehehe..

Kad Raya Zaman Dulu-Dulu..



Dalam beberapa hari lagi, lebih kurang 9 hari saja lagi kita akan meninggalkan bulan yang mubarak, bulan yang penuh keberkatan ini dan seterusnya kita akan menyambut hari kemenangan kepada umat islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan iaitu kita akan menyambut AidilFitri yang Lebaran. Di kesempatan ini saya memaparkan di atas adalah di antara kad-kad Raya Zaman 70'an dan 80'an. Lihat lah betapa Creative nya orang dulu-dulu nya walaupun tidak mempunyai kemudahan seperti yang ada di zaman sekarang zaman yang serba canggih. Sekarang mungkin tidak ramai lagi yang mengunakan kad raya kerana sekarang segala cepat dan selamat. Anda boleh mengucapkan Selamat Hari Raya melalui Email, Rangkaian Pesanan Ringkas (SMS) dan macam-macam lagi. Gambar di atas saya petik melalui email yang dihantar oleh rakan saya pagi tadi.

Wednesday 9 September 2009