Tuesday 19 January 2010

KERANA 10 SEN‏

Assalamualaikum..Post ini saya perolehi daripada email yang saya terima daripada salah seorang kawan saya dan sengaja saya measukkan bagi mengongsikan kepada pengunjung-pengunjung blog ini sebagai satu pengajaran kepada kita semua. Eanya adalah bagi mengingati kepada anda semua termasuklah kepada saya sendiri.

"Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia...Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...."




Saturday 16 January 2010

BANJIR di awal Tahun 2010..

Dalam beberapa hari ini, negara kita telah mengalami keadaan hujan tidak berhenti pada setiap masa sehinggakan kebanyakan kawasan-kawasan rendah dinegara ini ditenggalami air (banjir kilat). Ramalan keadaan cuaca, hujan akan turun disepanjang bulan Januari dan bulan Februari dan akan mendung sekali sekala di persisiran pantai, kawasan daratan dan kawasan pendalaman. Keadaan cuaca pada ketika ini berserta air pasang yang agak tinggi pada ketika ini di angarkan setinggi 0.3-3.0m adalah salah satu terjadinya banjir dinegara ini. Di antara kawasan yang terjejas adalah Kg Mulaut, Jalan Rambai Kuala Unggar, Kg Benutan, Kg Pad Nunok, Kg Batang Mitus, Kg Kebia, Kg Labi, Kg Sg Mau dan banyak lagi.

Dibawah ini adalah antara gambaran sebenar keadaan banjir di sepanjang Kg Mulaut.

Dari Blogger ke Computer Supply..

DARI
WaitSeminit.blogspot.com



Dari Blog kini melangkah ke dunia Perniagaan, itu lah yang dilakukan salah seorang blogger Negara Brunei Darussalam yang tidak kurang hebat dengan kreativitinya dan antara blog yang terkenal di negara ini. Blog yang dimaksudkan ialah WaitSeminit.blogspot.com yang kini telah membuka Perniagaan nya sendiri iaitu WaitSeminit Computer Supply dengan bertemakan "be part of cyber community".

Disini anda boleh mendapatkan komputer-komputer yang terbaru dengan mengunakan Genuine Microsoft Windows XP Home Edition, Genuine Microsoft Windows Vista Home Premium dan yang terbaru Genuine Microsoft Windows 7 Home Premium, dan anda juga boleh mendapatkan Projector-Projector terbaru dan PANDA Security Anti-Virus Software dengan harga yang berpatutan. Pembelian juga boleh dilakukan secara pinjaman mengikut syarat-syarat yang telah ditentukan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian +673 7142590 atau +673 8862590.

BiarBanar..?? akan sentiasa mendoakan kejayaan WaitSeminit Computer Supply , semoga sentiasa maju jaya dan sama-sama lah kita menyokong WaitSeminit Computer Supply.



Friday 15 January 2010

SIDE EFFECT VAKSIN PANDEMIK INFLUENZA A (H1N1)

VAKSIN PANDEMIK INFLUENZA A (H1N1) kini berada di Negara Brunei Darussalam sejak beberapa bulan yang lalu. Sebelum kita mengambil suntik kan Vaksin tersebut, kita akan diberi taklimat terlebih dahulu dan mengisi borang untuk pengesahan. Disamping itu juga, suntikan ini mempunyai kesan sampingan. Antara kesan sampingan nya adalah sakit kepala, berpeluh, demam panas, sakit otot dan sendi, keletihan dan mengigil. Tindak balas pada bahagian yang disuntik termasuk kemerah-merahan, sakit dan bengkak. Walau bagaimanapun, ada kesan sampingan yang jarang berlaku, "anaphylaxis" ( alahan teruk yang boleh mengakibatkan tidak sedarkan diri dan kematian jika tidak dirawat dengan segera) boleh berlaku dan dikhuatiri berhadapan dengan masalah gangguan otak atau boleh membawa kepada lumpuh yang dipanggil Guillain-Barre Syndrome (GBS). Sehubungan dengan itu saya ada menyaksikan video kat Youtube semalam berkenaan dengan Vaksin tersebut terhadap nasib salah seorang CheerLeader Dystonia Disorder. Beliau dulu nya seorang yang normal seperti kita dan seorang yang terkenal dengan kecantikan nya dan kini beliau telah kehilangan semua itu selepas mengambil Suntikan Vaksin tersebut. Kini beliau tidak dapat berjalan dan bercakap seperti normal, tetapi beliau dapat berjalan normal seperti biasa dengan cara berundur sebab itu jika turun dan naik tangga beliau akan berundur sahaja. Disamping itu juga beliau boleh berlari seperti biasa. Disini saya memasukkan video tersebut bagi tontonan para pengunjung-pengunjung BiarBanar..??

The latest anti-terrorist measures‏..hehehe..