VAKSIN PANDEMIK INFLUENZA A (H1N1) kini berada di Negara Brunei Darussalam sejak beberapa bulan yang lalu. Sebelum kita mengambil suntik kan Vaksin tersebut, kita akan diberi taklimat terlebih dahulu dan mengisi borang untuk pengesahan. Disamping itu juga, suntikan ini mempunyai kesan sampingan. Antara kesan sampingan nya adalah sakit kepala, berpeluh, demam panas, sakit otot dan sendi, keletihan dan mengigil. Tindak balas pada bahagian yang disuntik termasuk kemerah-merahan, sakit dan bengkak. Walau bagaimanapun, ada kesan sampingan yang jarang berlaku, "anaphylaxis" ( alahan teruk yang boleh mengakibatkan tidak sedarkan diri dan kematian jika tidak dirawat dengan segera) boleh berlaku dan dikhuatiri berhadapan dengan masalah gangguan otak atau boleh membawa kepada lumpuh yang dipanggil Guillain-Barre Syndrome (GBS). Sehubungan dengan itu saya ada menyaksikan video kat Youtube semalam berkenaan dengan Vaksin tersebut terhadap nasib salah seorang CheerLeader Dystonia Disorder. Beliau dulu nya seorang yang normal seperti kita dan seorang yang terkenal dengan kecantikan nya dan kini beliau telah kehilangan semua itu selepas mengambil Suntikan Vaksin tersebut. Kini beliau tidak dapat berjalan dan bercakap seperti normal, tetapi beliau dapat berjalan normal seperti biasa dengan cara berundur sebab itu jika turun dan naik tangga beliau akan berundur sahaja. Disamping itu juga beliau boleh berlari seperti biasa. Disini saya memasukkan video tersebut bagi tontonan para pengunjung-pengunjung BiarBanar..??
No comments:
Post a Comment