Friday, 7 May 2010

Pameran 'seni' yg berlangsung di sepanyol‏ - BiarBanar..??

Subahannallah..Apa dah jadi dengan sekarang nie??kenapa semakin hari semakin banyak Agama-Agama lain cuba untuk menghina Islam, sedangkan Islam tidak pernah menghina Agama mereka. Macam-macam cara mereka untuk menghina Islam yang kita sendiri tidak menyedari nya. Pada Artikel nie saya nak anda saksi kan sendiri satu Pameran 'seni' yang berlangsung di Sepanyol. Laknat Allah SWT ke atas mereka yang menghina Agama Islam!

Saturday, 13 March 2010

BiarBanar..??Manusia bertanduk‏..

Nenek 101 tahun ada tanduk di dahi

    GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain semalam menunjukkan tanduk di dahi kiri Ruifang yang tinggal di Linlou, China.

    LINLOU, China - Seorang nenek berumur 101 tahun, Zhang Ruifang mempunyai tanduk di dahi kirinya yang semakin panjang, lapor sebuah akhbar semalam.

    Ruifang memiliki tanduk sepanjang 6.1 sentimeter seperti yang terdapat pada kambing sejak tahun lalu. Apa yang lebih pelik lagi ialah terdapat tanda-tanda bahawa satu lagi tanduk akan muncul di dahi kanannya. Seorang anak bongsu lelakinya, Zhang Guozheng, 60, berkata, terdapat satu tompokan di dahi ibunya pada tahun lalu sebelum tanduk itu muncul.

    "Kini terdapat satu lagi tompokan di dahi kanannya. Pastinya ia satu lagi tanduk," katanya. Nenek itu mempunyai enam anak dan anaknya yang tua berumur 82 tahun. Walaupun setakat ini benda yang tersembul keluar dari dahi Ruifang tidak diketahui tetapi ia mirip tanduk. Tanduk itu dipercayai dihasilkan daripada keratin iaitu bahan protein yang terdapat pada kuku, tanduk, sisik dan lapisan luar kulit. - Agensi

Monday, 22 February 2010

Selamat Hari Kebangsaan Negara Brunei Darusslam yang ke 26


23 Februari adalah satu tarikh yang amat bermakna kepada semua penduduk dan rakyat jelata Negara Brunei Darussalam, dimana semua akan menyambut Hari Kebangsaan Negara in. Pada hari ini adalah genap 26 tahun Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan.

Pada pagi ini telah berlangsungnya Perhimpunan Agung bagi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bertempat di Taman Sir' Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan dan tema pada tahun ini ialah Negaraku Brunei Darussalam. Acara tersebut diserikan lagi dengan Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Wadaullah, Sultan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam bersama kerabat-kerabat Di Raja yang lain dan tetamu-tetamu undangan dari pada luar negara. Selepas keberangkatan Baginda Sultan, acara diteruskan dengan Perbarisan Kawalan Kehormatan dan disusuli nyanyian Lagu Kebangsaan dan seterusnya Baginda berkenan untuk memeriksa perbarisan terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Polis Diraja Brunei, Kawalan Panji-Panji, Pasukan Pencaragam Polis Diraja Brunei, Pasukan Pencaragam Bomba & Penyelamat dan Pasukan Pencaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Sejurus selesai Perbarisan Kawalan Kehormatan, bendera Negara Brunei Darussalam dibawa masuk bagi mengepalai perbarisan berjalan lalu di ikuti dengan Pasukan-Pasukan Ber-uniform, agensi-agensi kerajaan & swasta, sekolah-sekolah dan dari mukim & kampung. Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah juga turut mengikuti perbarisan lalu bagi mawakili Pasukan Kadet Tentera Wanita Diraja Brunei. Selesai perbarisan jalan lalu, Ikrar Hari Kebangsaan iaitu Ikrar Taat Setia kepada Raja dilaungkan.

Kepada semua penduduk dan rakyat jelata Negara Brunei Darussalam, BiarBanar..?? mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang Ke 26 tahun. Sama-sama lah kita berdoa semoga negara kita sentiasa dilindungi,dihindari daripada segala keburukan dan kejahatan. Semoga negara kita sentiasa didalam keadaan aman makmur di bawah Kepimpinan Raja kita yang bijaksana.